Isnin, 24 Februari 2014

Ikan Pekasam Gelama

                                    Ikan Pekasam Gelama

Salam... Selamat petang sume..panasnya cuaca ari ni..sebenarnya Mama nak berkongsi satu resepi ikan pekasam ngan korang..walaupun mama bukan orang perak atau belah utara tapi mama suka bebeno makan ikan pekasam..dari suka jadi minat nak tahu cara pembuatannya..K lah mari kita sama2 belajar wat ikan pekasam ni..

Bahan2Nya :-
  1. 1 kilo ikan gelama
  2. garam kasar 30 %



    3.  beras yang disangan..diblender separuh halus       
 
Gula merah Garuk ( Serbuk)
4. Air Asam Jawa                                              5. Gula Merah




Cara-caranya :-

  1. Basuh bersih ikan kemudian kita toskan
  2. Lumur ngan garam...perap selama 2 hari
  3. Selepas 2 hari..basuh bersih ikan tadi
  4. Gaulkan bersama air asam jawa dan gula merah
  5. Akhir sekali gaulkan bersama dengan beras yg telah disangan.
  6. perap selama 4 hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan